Assalamualaikum dan selamat pagi,
Pada hari ini, 9 Januari 2022, merupakan sejarah buat semua murid SK Kok Keli kerana dapat bersemuka kembali dengan guru-guru SK Kok Keli. Cikgu yo@Guru bimbingan mengalu-alukan kehadiran semua murid prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6. Proses kehadiran pada pagi ini amat lancar dan memudahkan perjalanan masuk ke sekolah. Cikgu yo berharap anak-anak dapat menggunakan manfaat kehadiran ini dengan sebaiknya dan kita sama-sama mendoakan agar kita semua bebas daripada pandemik Covid 19.
#staysafe anak-anak SK Kok Keli
#kita jaga kita
#patuh SOP sekolah
#datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan