Saturday, 8 January 2022

Kami alukan anda semua

 Assalamualaikum dan selamat pagi,


Pada hari ini, 9 Januari 2022, merupakan sejarah buat semua murid SK Kok Keli kerana dapat bersemuka kembali dengan guru-guru SK Kok Keli. Cikgu yo@Guru bimbingan mengalu-alukan kehadiran semua murid prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6. Proses kehadiran pada pagi ini amat lancar dan memudahkan perjalanan masuk ke sekolah. Cikgu yo berharap anak-anak dapat menggunakan manfaat kehadiran ini dengan sebaiknya dan kita sama-sama mendoakan agar kita semua bebas daripada pandemik Covid 19.

#staysafe anak-anak SK Kok Keli

#kita jaga kita

#patuh SOP sekolah

#datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan










 

 


Thursday, 30 December 2021

Assalamualaikum dan salam perkenalan

 Assalamualaikum dan salam perkenalan buat semua anak-anak SK Kok Keli, insyaAllah cikgu yo akan cuba sampaikan seberapa banyak info kepada semua murid SK Kok Keli. Ketika ini kita masih lagi berada dalam pandemik Covid 19, cikgu yo harap anak-anak tabah dalam menghadapi kegentiran ini. Cikgu yo harap sangat untuk bertemu dengan anak-anak SK Kok Keli nanti, moga 9 Januari 2022 merupakan detik untuk pertemuan kita semua, marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik, ya anak-anak.

 



 (Sumber : Bahan Perkongsian daripada Group BNK)


Pelancaran Program SUCI@SEKELI